18 Disember 2013
Alhamdulillah, sungguh aku bersyukur dihidupkan kembali oleh-Nya hari ini bersama 2 nikmat yang tidak ternilai, iman dan islam. Telingaku masih tergiang-ngiang dek satu bait lagu yang mnejadi peneman belajarku larut malam semalam. Mungkin kata-kata itu sungguh terkesan dihatiku. "Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba". Bila direnung-renungkan, Ya! memang tidak mudah bernafas dalam jiwa sebagai seorang hamba.
Benar, hakikinya tidak ramai amtara kita yang merasakan kita sebenarnya seorang HAMBA. "Hamba-hamba ini semua zaman orthodok saja la, Husna! Dulu-dulu iyalah, masyarakat dahaulu tidak sebijak sekarang"- kata seorang sahabatku.
Wahai sahabatku, kita sebenarnya masih hamba, semoden mana dunia, sebijak mana manusia, kita masih hamba pada si Pencipta kita, Allah Maha Besar. Realitinya kini, perkataan hamba menjadi suatu yang sangat hina pada golongan intelektual minda tapi bukan si bijaksana hati. Hamba kepada Allah membawa peranan sebagai pelaksana amanah Allah dengan menyuruh mengerjakan Amar Maa'ruf Nahi Mungkar (menyuruh kepada kebaikan dang mencegah kepada keburakan). Nah, disini cabaran menghidukan jiwa hamba bermula.
Memupuk hati sentiasa cinta kepada kebaikan memang bukan mudah, namum mengheret hati mencintai kemngkaran juga bukan susah. Kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera. Acap kali kita dengar, belajar harus ada matlamat. Begitu juga hidup, perlu akan matlamat. Apa matlamat hidup kita? Nak jadi kaya? Nak jadi terkenal? Atau nak jadi hamba, sebenar-benar hamba?
Perkara pertama yang dahulunaya aku lakukan dalam perjalanan memupuk rasa kehambaan adalah dengan mempelajari ilmu Ma'rifatullah ( ilmu mengenal Allah). Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Sungguh, benar kata-kata itu, tidak aku nafikan kebenaranya. Allah 'Azza wa Jalla, seperti sedia tahu umum, mempunayai 99 nama atau Asmaul Husna yang bukan lagu nasyid semata-mata tapi sebagai wasilah hamba mengenal pencipta-Nya.
Melalui Asmaul Husna, pelbagai kehebatan Allah SWT boleh kita pelajari. Dongaklah ke langit, lihat keindahanya awan, ciptaan siapa? Allahuakbar,Allah Maha Besar. Isi perut nan berkeroncong, menikmati setiap kunyahan rezeki, dari siapa? Allahurahman, Yang Maha Pemurah. Begitulah seharian. Setiap pelosok bumi ini semuanya menunjukkan kebesaran Allah malah manusia juga. Agungi keindahan dan kebesaran Allah, nescaya akan Allah bukakan jalan kita bersama mendekati-Nya.
Jauh lamunanku merenung dan mengupas perkataan demi perkataan dari ayat yang serba pendek ini, namun mempunyai maksud yang sangat mendalam dari pelbagai sudut pandang.
Wallahualam, assalamualaikum.