Assalamualaikum
Setelah berkurun lame, x mengupdate blog bersawang ku ini, tetibe je dtg wahyu nk menaip smule nie,, haaa.. da kenapa ko nie nyah kan?? haha~~ anyway sbnrnye dtg niat nie sbb tgk adik2 junior SPM 95 liners nie sume cam pening2 lalat je ngan UPU, so terfikir la jgk nak share kehidupan separuh jalan as ex-PALAMIAN!
Alright! First of all, kenapa panggil Palam? Palam tu actually singkatan kepada Puncak Alam.Mula-mula aku pon tak tahu apakah bendanye PALAM tu, but lame-lame get used to the term as sume senior2 pon panggil camtu, plus, kan lebih pendek padat dan mutakhir tu nak panggil kan #*_*
Adik2 selalu tanya soalan nie "Asasi UiTM
senang atau susah?" Haila, jgn fikir senag je baru nk terima, kalau semua org pon fikir nk senag je, spe yg nak hidup susah? Ingat, kan cikgu ajar, Usaha Eskalator Kejayaan (yeke cikgu ajar cmtu??~~wakakak~~~)
Sebenarnya, Asasi dan Matrik sama je, cuma suasananya yang sedikit berbeza. Budak asasi dapat merasai kehidupan universiti.The so called 'hustle and bustle of uni students". Itu aje. Okay, berbalik pada senang atau susah. Nak kata susah ramai yang dapat pointer tinggi. Nak kata senang ada jugak yang dapat rendah.Yang penting usaha, doa dan tawakkal. Kitorang ada dua sem je. Both sem nie adalah short sem compared tu bdk2 matrik , sbb tempoh dye dlm 3-4 month only. For your information, tempoh Asasi di UiTM adalah yang terpendek berbanding asasi dan matrik kat tempat lain. Atas faktor tu jugaklah Asasi UiTM menjadi pilihan utama hehehe~~ lame skit dpt cuti!. Setiap sem kitorang ada empat belas minggu lecture sahaja. Kitorang kena ambil enam subjek iaitu Maths, Chemistry, Physics, Biology (for science student), CSC (for engineering student), dan dua subjek tambahan iaitu CTU dan BEL. Bayangkan semua subjek yang majoritinya ada sampai sepuluh chapter setiap sem kena habiskan dalam hanya empat belas minggu. To adik-adik lepasan SPM, jangan takut pulak nak ambik Asasi Sains, InsyaAllah, kalau struggle dari awal sem lagi memang tak jadi masalah hehe.
# Semua gambar diambil dari Group Geng Asasi Palam 12/13. Credit to Geng :D

 |
| Main gate UiTM Puncak Alam |
Course? Asasi di Palam ada dua je iaitu Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan. Asasi-asasi lain ada kat Shah Alam, Penang pon ada kott dan lain-lain. Alhamdulillah, eventhough Asasi Sains UiTM nie pilihan ketiga yet still dpt jugak kan, Better least than nothing.Kalau nak tahu, students kat Palam memang ramai sangat, ada la sampai dua ribu lebih. Tapi, dengar cite kitorang batch last Asasi kat Palam, nanti diorang nak pindahkan budak-budak Asasi kat Shah Alam. Dan Kampus Puncak Alam akan jadi kampus induk gantikan Kampus Shah Alam. Khabar angin je tu, betul ke salah taktau la.
Okay. Cerita pasal
kolej kediaman pulak. Kat Palam girls tinggal kat kolej Rafflesia dan boys tinggal kat kolej Angsana. Kolej Palam memang the best. Comfortable sangat. Ada lif. Kalau takde lif memang lah budak Palam semua kurus kering tinggal rangka especially yang tinggal kat tingkat 9 hikhik. Saya dulu tinggal kat R3, tingkat satu (hehe jimat tenago den), rumah nombor lima, bilik C (center tuh!~) , perabot no.5 so jadilah R3105/C5. Setiap rumah ada empat biilik. Setiap bilik dua orang. Jadi, serumah ada lapan orang. Ada dua bilik air dan jugak satu toilet. Pagi-pagi takde la berebut sangat bilik air. Hah... lagi satu ada ruang tamu kecik, muat la lapan orang bergosip tengah-tengah malam sambil bukak pintu utama, sejuk! Best kan?
 |
| After hujan. Memang camgini la keadaannya dengan kabus tebal. Serius, macam Cameron. Sejuk! |
 |
| R3 waktu malam. |
Pasal makanan adik-adik semua jangan risau, kolej dekat je dengan cafe. Kat sana ada dua cafe, iaitu
cafe Rafflesia dan cafe Angsana. Makanan boleh tahan la sedap. Tapi kekadang muak jugak, biasalah menu sama tiap-tiap hari. Tapi takpe, setiap hari Rabu dan Sabtu ada pasar malam kat bandar Puncak Alam, dekat je dari situ, naik bas rapid KL T600, seringgit je tambang. Kalau guna kad Diskaun 50 sen je. Tapi, macam tak berguna je kad tu hahaha. Dekat fakulti pon ada pasar malam, tapi kecik je lah, setiap hari Selasa. Nak pegi pasar malam jangan lupa bawak duit KPT banyak-banyak yer, rambang mata tengok makanan. Lagi satu, kat cafe ada jugak gym, bilik study, mart, dan tempat sewa basikal. Elok sangat la naik basikal petang-petang sambil tu boleh bakar lemak. Sewa basikal tak payah bayar guna duit, cuma bagi IC je.
 |
| Cafe Rafflesia |
 |
| Cafe Angsana |
Cerita pasal fakulti pulak. Turun naik
fakulti kena guna tangga. Tangga tu tinggi macam dekat Batu Caves. Ada dua ratus lebih anak tangga. Setengah orang panggil tangga kejayaan, tangga maut, tangga zigzag dan macam-macam lagi. Best apa ada tangga tu, at least boleh exercise kan. Dah la gym tak penah pegi, berbasikal pon tak, apatah lagi jogging. Kalau malas naik turun tangga takpe, naik Rapid KL, seringgit sahaje, tapi kena berhimpit la sikit, sebab kebanyakan girls naik bas hehe. Kadang-kadang setiap pagi ada yg dapat naik bas rapid free je (aku nie x pernah la pulak *malang tol*). Berpeluh aku pepagi berlari gie kelas, nak2 BEL dkt DKF, huh TERBAIK la!
 |
| Tangga kejayaan a.k.a tangga maut |
 |
| Yang tinggi sekali tu FSK 6. Boleh naik rooftop. Tapi, kena pandai-pandai la takut kena halau dengan polis bantuan. |
 |
| FSK 1,5 bangunan lab Bio, lab Kimia dan jugak bilik tutorial. |
Dekat fakulti ada kolam. Ramai jugak students jogging kat situ petang-petang. Paling best waktu pagi, sejuk macam Cameron, maklumlah atas bukit kan. Memang tenang sangat kat situ, pemandangan pon cantik. Lepas jogging boleh bagi makanan kat ikan. Ikan banyak dalam kolam tu, taktau la ikan apa, yang kenal ikan keli je hikhik. Selalunya, kitorang bagi roti gardenia. Kelas uolss ikan di Palam.
Kat sana, kitorang dibahagikan ikut
group. Setiap group ada lebih kurang 30 orang. Asasi Sains semua ada 70 group, banyak bukan? Jadual pulak depends la. Sometimes ada kelas awal, pukul 8.30, ada jugak yang kelas start pukul 12.30. Yang tu memang heaven giler ah, tambah-tambah hari Isnin, mood cuti hujung minggu tak hilang lagi! Sepanjang asasi, Pusat Asasi ada sediakan wang untuk students dan mentor lakukan aktiviti bersama. Aktiviti untuk eratkan silaturrahim, lebih kurang gitu la.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman di Palam. Kepada semua adik-adik lepasan SPM, saye nak ucap all the best for your future, isi UPU betul-betul, pilih aliran yang sesuai jangan main ambik je. Doa banyak-banyak agar dapat yang terbaik. Yang penting jaga hubungan dengan Allah dan parents okay!
Jom baca ni,
Pesanan Untuk Adik-adik Lepasan SPM!